DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DUN KUALA NERANG YANG LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MB KEDAH 2010

Friday 7 May 2010

Iran Tingkatkan Tekanan Diplomatik

Jumaat, 7 Mei 2010

09:27 waktu Makkah, 06:27 GMT


Terjemahan Oleh : Pejuang Kecil


Menteri luar Iran telah menegaskan hak negaranya untuk meneruskan kerja-kerja peningkatan keupayaan tenaga nuklear dalam satu pertemuan dengan Amerika dan para diplomat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

Manouchehr Mottaki menganjurkan satu majlis makan malam untuk para diplomat di New York pada hari ini sempena persidangan pengawalan senjata nuklear.

Makan malam tersebut dianjurkan di tengah kemelut usaha Iran untuk mengelak pusingan keempat oleh PBB bagi menghukum negara tersebut berikutan program nuklearnya yang dipertikaikan.

Duta-duta Jepun dan China ke PBB ialah antara yang hadir, manakala Amerika , United Kingdom, Perancis dan Rusia menghantar diplomat tahap rendah untuk majlis makan malam di kediaman duta Iran di Manhattan.

Yukio Takasu, duta Jepun, berkata Mottaki menggunakan majlis tersebut untuk mengulangi polisi Iran bahawa ia mempunyai hak menghasilkan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Tetapi beliau membayangkan tiada kesudahan yang kukuh melalui wadah makan malam tersebut.

"Kami menyedari bukan tempatnya untuk berunding di sini, namun kami hanya ingin berkongsi idea-idea secara terus terang," Beliau berkata.

"Tidak ada cerita tentang tindakan “sekatan” disini. Apa yang penting ialah kebanyakan ahli-ahli Majlis Keselamatan hadir ke sini."

'Usaha-usaha Iran'

Amerika Syarikat, yang menghantar Alejandro Wolff, timbalan dutanya untuk PBB, berkata majlis itu merupakan satu peluang untuk Iran menyatakan kepada Majlis Keselamatan yang ia "Bersedia untuk mengikut peraturan".

Seorang pegawai Amerika Syarikat, Mengeluarkan kenyataan untuk Agensi Berita Reuters sebelum majlis makan malam, berkata Washington memutuskan untuk mengambil bahagian kerana jemputan tersebut menunjukkan bahawa pegawai Iran bersedia untuk "Menunaikan kewajipan-kewajipan mereka".

"Iran telah diberikan banyak peluang untuk membuktikan alam semula jadi tidak akan terjejas dengan program nuklearnya," kata pegawai tersebut.

"Pertemuan ini ialah satu lagi petunjuk bahawa Iran akan memanjangkan lagi kes ini.

"Mereka dengan jelas menyatakan bahawa usaha-usaha berterusan dalam Majlis Keselamatan dan di forum lain memencilkan mereka dan membuatkan mereka teraniaya."

Tehran tetap menghulurkan tangan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan, walaupun ia menyatakan bahawa sekatan tersebut tidak akan menghalangnya daripada meneruskan cita-cita nuklearnya.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada persidangan PBB awal minggu ini mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan baru itu bakal kekal merosakkan hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran.

"Sekatan tidak boleh menghalang Iran. Iran berupaya bertahan terhadap tekanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya," katanya.

" kami tidak mengalu-alukan sekatan tersebut, bahkan kami tidak gentar kepada mereka."

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah mendesak PBB bertemu untuk pusingan keempat bagi mengenakan penalti terhadap Iran kerana keengganannya menamatkan kerja-kerja bahagian utama daripada program nuklearnya yang didakwa mereka , ia boleh digunakan untuk menghasilkan senjata.

Namun Iran tetap menyatakan ia hanya mahu membangunkan teknologi menjanakan tenaga nuklear.

Sumber : Al Jazeraa News

Wednesday 5 May 2010

Kejohanan Bola Sepak MB Kedah : Kuala Nerang Ke Suku Akhir

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman




ALOR SETAR, 04 Mei 2010 – Skuad bimbingan Mohd Shayuti Mahmud berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah apabila berjaya menumpaskan pasukan Bukit Lada menerusi sepakan penalti 3 -1 pada Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar Kedah itu, menyaksikan pasukan Kuala Nerang mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan gol daripada dibolosi pihak lawan. Perlawanan akhir Zon 2 turut disaksikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan YB Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah).

Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500 , piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan Zon 2, Bukit Lada pula membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain pasukan Kuala Nerang dan Bukit Lada, perlawanan Zon 2 turut menyaksikan petembungan antara pasukan Pedu, Alor Mengkudu, Derga dan Bukit Pinang.

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 3 melibatkan pasukan Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Bakar Bata, Kubang Rotan, Tokai dan Kota Darulaman yang mana akan berlangsung pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.


Sik Sudah Ada Anggur


TASIK BERIS - Kewujudan tanaman anggur di daerah Sik dapat membuktikan bahawa anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk, tetapi juga dalam cuaca panas seperti di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata, kejayaan Excel Agrotech dalam memulakan penanaman anggur pada November 2007 adalah suatu usaha yang baik kerana secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, dengan hasil tanaman di atas tanah seluas 1.6 hektar dengan jumlah tanaman pokok sebanyak 1,000 pokok, memberi pulangan yang menguntungkan kerana dalam masa yang sama dapat mempromosikan daerah ini kepada pihak luar.

“Pihak syarikat juga turut memaklumkan bahawa mereka kini dalam proses mengembangkan tanaman ini di satu lagi kawasan dalam daerah Sik, iaitu di Sungai Senam dengan keluasan tanah seluas 12 hektar berserta 7,000 pokok.

“Melalui penanaman anggur itu juga, dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman baru, kerana pihak seperti badan kerajaan, institusi pengajian tinggi datang ke sini,” katanya sewaktu mengadakan lawatan di sini, semalam.

Azizan berkata, pihaknya turut merancang untuk membuka satu ladang agrotourism di daerah Padang Terap, berhampiran Tasik Pedu, sekiranya proses urusan mendapatkan tanah di kawasan berkenaan selesai.

“Kedah kini bukan sahaja dikenali sebagai negeri Jelapang Padi semata-mata, sebaliknya negeri yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan, sama ada tempatan seperti durian, rambutan selain buah-buahan luar yang ditanam di sini, seperti anggur serta kurma.

“Ladang berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai tanaman buah-buahan tanpa mengira musim, termasuk tanaman pisang sebagai tarikan kepada pengunjung, segala peruntukan berkenaan akan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),” katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama juga, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada bidang ternakan ikan, seperti talapia, ikan kap di samping mewujudkan resort bagi mempelbagaikan lagi tarikan pelancong ke negeri ini.

“Sekurang-kurangnya, kewujudan bidang tanaman baru ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan daerah pedalaman seperti Sik supaya lebih dikenali dalam kalangan masyarakat luar.

“Kejayaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak syarikat berkenaan, kerana berjaya merealisasikan impian mereka dalam mewujudkan ladang anggur dengan menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Turut hadir, exco Kerajaan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah, Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Ismail Salleh, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Yahya Abdullah dan tetamu jemputan.

Sumber: Kedahlanie

Wednesday 28 April 2010

HARAKAHDAILY-Adun BN manipulasi soalan kerana politik sempit


Mohd Shubihi

ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar) menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan.

Sumber: Harakahdaily

Monday 26 April 2010

YB IZZAT DILANTIK TIMBALAN SPEAKER

laporan Mohd Shubihi Muhamad Zain @ harakahdaily


ALOR SETAR, 26 April : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki sebagai Timbalan Speaker Dun Kedah, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Dato' Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua). Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan kehilangan kelayakan Adunnya yang melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.