DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DUN KUALA NERANG YANG LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MB KEDAH 2010

Tuesday 7 July 2009

MANEK URAI : Kempen Pilihanraya Bermula

Pakatan Rakyat optimis PAS akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berdasarkan kesepakatan kerjasama parti-parti itu walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuk isu kerajaan perpaduan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kini tiada lagi isu dalam pakatan setelah selesai isu kerajaan perpaduan dan keadaan ini membolehkan ia berkempen dengan lebih selesa.

"Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manek Urai.

"Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kehadiran beberapa pemimpin pakatan itu pada hari pencalonan membuktikan kesungguhan mereka bagi membantu PAS mempertahankan kerusi itu.

"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PKR akan turut bersama berganding bahu untuk memastikan PAS dapat mengekalkan kerusi Manek Urai.

"Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manek Urai," katanya.

Sumber : greenboc.blogspot.com



0 comments: