DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DUN KUALA NERANG YANG LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MB KEDAH 2010

Tuesday 25 August 2009

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS bakal mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,500.


Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9616 undi berbanding 5061 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.



Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Takbir! Allahu Akbar

Takbir! Allahu Akbar

Takbir! Allahu Akbar

Takbir! Allahu Akbar

Takbir! Allahu Akbar

Sumber :- Harakahdaily

Saturday 22 August 2009

AYUH TURUN BERTUGAS 150,000 AHLI PAS KEDAH

Dipetik dari : arisawang.blogspot.com

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 - semoga ibadah diterima Allah.

Ikuti perkembangan PRK Permatang Pasir klik disini

Gunakan sepenuh kesempatan Ramadhan kali ini untuk mencapai dua kemenangan iaitu pertama kemenangan menunai kefardhuan puasa ke atas setiap diri kita sebagai melatih diri membersih dan menyuci jiwa dan seterus kemenangan yang lebih cemerlang di Permatang Pasir untuk menobatkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) .

Jika sebelum ini kita menang dengan berjaya menahan lapar dan dahaga, maka kali ini kita mesti menang dengan lebih bergaya iaitu nampu mengawal lisan, mata, telinga serta lain-lain anggota badan dari mengerjakan perkara sia-sia, memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, solat-solat sunat, bersedekah, berzikir dan berbagai amalan soleh. Itu untuk kewajipan ibadah puasa kita


Sementara kewajipan kedua kita ialah, memastikan majoriti 5,433 yang diraih pada 8 Mac 2008 di Permatang Pasir mesti ditingkat kepada sekurang-kurangnya 6,000 undi pada 25 Ogos 2008. Jangan biar UMNO menang walaupun hanya sekadar 'MORAL'.

Oleh itu, petugas dari seluruh negeri Kedah mesti turun seramai boleh dan pastikan merayu setiap pengundi yang kita jumpa tidak kira dia UMNO, GERAKAN, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP, Atas Pagar, uzur, tua, muda, lelaki, perempuan, Cina, India, Melayu, Sikh, di mana sahaja kesempatan yang ada di dalam Daerah Mengundi Permatang Ara yang telah diamanahkan kepada kita.

Pastikan kita, tidak hanya datang untuk menonton dan mendengar ceramah dari tokoh-tokoh tanah air, tetapi pastikan agar kita dapat bercakap meminta mereka yang akan mengundi pada 25 Ogos 2009 nanti mengundi Ustaz Salleh Man, Calon PAS. Undi Bulan!!!.

Kedah telah diamanah untuk bertugas pada kali hanya menjaga 2,955 pengundi, di Daerah Permatang Ara, gunakan seluruh keupayaan kita untuk memenangi hati mereka.

Berikut ialah Lokaliti yang terdapat dalam Daerah Mengundi Permatang Ara:-

1. Pengkalan Tambang Mukim dua 249
2. Pengkalan Tambang Mukim tiga 84
3. Kampung Kota Mukim tiga 308
4. Kampung Kota Mukim dua puluh satu 78
5. Sungai Sintok Mukim dua 167
6. Tanjung Putus Mukim dua 223
7. Permatang Pasir Mukim dua 469
8. Permatang Pasir Mukim tiga 572
9. Bukit Jelutung Mukim tiga 152
10. Bukit Jelutung Mukim dua puluh satu 165
11. Permatang Rambai Mukim dua 133
12. Permatang Ara Mukim dua 27
13. Permatang Ara Mukim tiga 108
14. Permatang Ara Mukim lima 139
15. Taman Ara Indah 43
16. Polis 1
Jumlah Pengundi : 2,995 - Lelaki: 1,506 dan Perempuan: 1,489

Keputusan 8 Mac 2008 bagi Daerah Mengundi Permatang Ara ialah:

Barisan Nasional : 1,067
PAS : 1,533
Majoriti : 466

Untuk menidakkan kemenangan 'MORAL' BN maka kita KEDAH mesti berusaha mendapat majoriti sekurang-kurangnya 600 undi di Permatang Ara, Ianya sekarang bergantung kepada saudara-saudari dari Kedah - Kerana Allah swt. telah memberi tahu kepada kita bahawa Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali diri mereka sendiri. Nah sekarang tanggung jawab itu berada ditangan kita!!!.

Usahakan sepenuh tenaga dalam masa yang amat terdesak ini untuk berjumpa 2,000 orang pengundi, merayu dan pastikan mereka berjanji untuk menyokong PAS dan pasti mereka yang berada luar kawasan balik untuk mengundi sempena musim cuti sekolah ini, kesempatan balik bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampung halaman tercinta, jika ini berjaya maka target majoriti 600 undi bagi tempat PAS KEDAH bertugas akan berjaya.

Kebetulan, Permatang Ara ini, BN telah meletakkan UMNO Kedah bertugas. Lebih senang sudah mengenali antara satu sama lain, dan insyaAllah aman, tiada gaduh.

Khusus kepada petugas dari kawasan Kuala Kedah hendaklah datang bertugas secara rasmi pada 23 hingga 25 Ogos (2 - 4 Ramadhan 1430) di POS berikut: Pengkalan Tambang Mukim 2, Pengkalan Tambang Mukim 3, Kampung Kota Mukim 2 dan 3 serta Tanjung Putus/Sungai Sintok. Sial lapor diri di Rumah Kedah di POS Permatang Ara dengan Kapten Zamri (Kapten Power).

InsyaAllah Ramadhan kali ini kita ada 2 Raya, iaitu Raya menang Pilihanraya dan Raya Aidil Fitri. Ini adalah sejarah, jadikan anda adalah salah seorang dari mereka yang mencipta sejarah tersebut.

Perkara pokok kali ini amat mudah untuk dijelaskan kepada Rakyat iaitu BN tak pandai pilih calon, pilih calon yang tidak bersih dan dilihat tak bersih. Bukan musuh yang kata, tetapi kawan beliau sendiri. Islam amat mementingkan pemimpin itu seorang yang bersih dan amanah.

Turun melalui tol Sungai Dua, ambil jalan Sungai Dua, terus ke Permatang Pasir, di situlah Daerah Mengundi Permatang Ara. Rujuk peta di bawah:-

























Kobar semangat mu dengan kepanasan Ramadhan!!!
Nyala keimanan mu dengan kehangatan Ramadhan!!!
Suburkan jihad mu dengan bakaran Ramadhan!!!


500 Hari Pakatan Rakyat Memerintah Kedah

[2009-08-23_000329.jpg]
[2009-08-23_000606.jpg]
[2009-08-23_000424.jpg]
[2009-08-23_000521.jpg]
[2009-08-23_000443.jpg]
[2009-08-23_000403.jpg]

Sumber : e harakah


Monday 17 August 2009

BN-PAS 'bertempur' di Permatang Pasir - Malaysiakini

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..

Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah menteri besar Perak dari Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.

Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.

Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.

Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.

Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sementara itu, pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan isu mengenai status Rohaizat sebagai peguam ekoran laporan bahawa beliau tidak dilucut dari senarai oleh Majlis Peguam kerana didakwa menyalahgunakan wang pelanggan.

Pengarah biro pilihanraya PKR yang ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata Rohaizat perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Jika dakwaan itu benar, katanya, maka apakah jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dengan wang rakyat jika Rohaizat terpilih.

Rohaizat, 38, dilaporkan berkata kes itu bukan satu isu.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, menjadi tanggungjawab calon BN itu untuk menjelaskan kedudukannya sekarang sebagai seorang peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata proses penamaan calon berjalan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber ; Malaysiakini

KURSUS KEPIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP (DMPPT)


PADANG TERAP,20 JUN 2009,Dewan Muslimat Pas Padang Terap (DMPPT) telah menganjurkan Seminar Kepimpinan.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pimpinan dari setiap cawangan tentang perihal tugasan yang dipertanggungjawabkan keatas mereka.Peserta adalah terdiri daripada pimpinan setiap cawangan dan ahli PAS.Seminar ini disampaikan oleh Ustazah Fatimah bt Wan The selaku Setiausaha Muslimat Negeri Kedah.


Menurut beliau,setiap pimpinan haruslah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan.Dalam usaha untuk memastikan sesuatu keberkesanan dalam setiap gerak kerja yang dilakukan,mereka hendaklah merancang,melaksanakan program,memntau kembali dan muhasabah.Keadaan ini penting dan sepatutnya dipandang serius oleh setiap pimpinan supaya gerak kerja yang dilakukan memberi impak yang memuaskan.Disamping itu juga pimpinan hendaklah bersatu,membina ukhwah yang mantap antara satu sama lain supaya dapat memudahkan segala urusan yang dilakukan.

Beliau juga turut membincangkan tentang kemantapan kepimpinan yang harus ada dalam setiap individu.Perkara utama adalah soal displin.kebolehan mengawal diri dari segi mental dan fizikal supaya lebih bertanggungjawab mematuhi peraturan dan arahan pucuk pimpinan ,sentiasa berada ditempat yang diarahkan seterusnya menjaga imej dan nama parti.Selain itu juga komitmen dari setiap pimpinan,kesungguhan dan semangat yang tinggi serta azam yang kuat bagi melaksanakan tugas tanpa memperhitungkan masa dan tenaga,kesungguhan dalam berjihad,ketahanan,dedikasi dan bertanggungjawab.Sekiranya komitmen seperti ini ada dalam diri setiap pejuang,secara tidak langsungt kita dapat melahirkan pimpinan yang berwibawa.


Disamping itu juga,kepimpinan kebolehan bergerak dan memberi dorongan kepada anggota kearah pencapaian dan objektif organisasi,mempunyai matlamat/ keyakinan,mempunyai qauliah peribadi dan kebolehan membuat keputusan dengan tepat dan teliti .Terakhir adalah ikram,adil dan saksama.Setiap pimpinan haruslah ,mempunyai sifat bertimbang rasa ,adil semasa menjalankan tugas mesra dalam memberi layanan dan memahami serta sensitive terhadap masalah yang dihadapi oleh semua pihak.


Tanda-tanda penurunan prestasi;


-segala bentuk arahan diabaikan

-kualiti kerja lemah dan rendah

- mengelak diri dari melaksanakan sesuatu tugas yang berat

-kerja yang diamanahkan tidak dilakukan dengan sebaiknya

-bersandar kepada orang lain untuk melakukanya

-tidak suka memberi maklum balas


NISA ANJUR SENAMROBIK AJAK SURI JAGA KESIHATAN

NAKA,27 JUN :Program senamrobik perdana anjuran Persatuan Nisa yang diadakan mendapat sambutan dan perhatiann aripada golongan wanita setempat.Program ini turut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga,Masyarakat dan kebajikan,Siti Aisyah bt Ghazali.Beliau menyarankan bahawa wanita perlu sentiasa sihat dan cergas kerana wanita adalah pemangkin keluarga yang bertanggungjawab mengurus suami serta anak-anak,kitalah isteri,ibu,pengurus rumahtangga yang menjadi tempat bergantung ahli keluarga.


Menurut Pengerusi Persatuan Nisa daerah Padang Terap,Puan Sariah Salam; Pendekatanterhadap penjagaan kesihatan melalui senaman penting terutamanya kepada suri rumahtangga.Menurutnya lagi,aktiviti tersebut bukan sahaja menyihatkan badan tetapi boleh mengembalikan semula bentuk tubuh badan wanita supaya kelihatan lebih langsing dan sekiranya semangat sejak muda serta keinginan menjaga penampilan dikekealkan oleh golongan wanita,sudah tentunya mereka akan sentiasa kelihatan anggun walaupun berumur.


Oleh itu,amatlah diaharapkan kepada semua lapisan masyarakt mengamalkan senaman dalam rutin kehidupan.


Thursday 6 August 2009

ISA: BN khianati janji Tun Razak

Oleh : Ahmad Tajdid

Perbahasan tentang wajar atau tidak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan makin hangat disiarkan media.

Di satu pihak, ISA adalah akta zalim yang ketinggalan zaman dan sepatutnya dicampakkan ke dalam bakul sejarah. Malah Menteri Penerangan, Dato' Seri Rais Yatim dalam thesis kedoktorannya berhubung undang-undang drakonian di Malaysia menyatakan sentimen yang sama. Jika pendiriannya terhadap ISA kini berubah dan tidak selari dengan pandangannya dalam thesis Phd itu, jelas beliau tidak amanah terhadap ilmu.

Di satu pihak lain, ISA nampaknya mahu terus dikekalkan. Alasannya mudah, ISA bagi mereka adalah undang-undang berbentuk preventif (mencegah) yang kononnya masih perlu untuk keamanan dan keharmonian negara. Selepas lebih 50 tahun merdeka, rupa-rupanya sebahagian rakyat negara ini masih mentah pemikirannya sehingga gemar mengungkit dan mengapi-apikan sentimen perkauman (seperti yang menjadi amalan beberapa pemimpin ultra Melayu dan penulis ultra Melayu di akhbar ultra Melayu - Utusan Melaysia). Oleh itu ISA perlu bagi mendisiplinkan golongan ini.

Apa yang menghairankan, tidak ramai atau mungkin tidak ada langsung individu ultra Melayu yang ditahan di bawah ISA walaupun isu-isu yang dibangkitkan mereka begitu prejudis, melampau dan dusta. Lihat sahajalah isu azan Subuh yang memangsakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Teresa ditahan di bawah ISA kerana tulisan berunsur menghasut, provokatif dan bohong seorang penulis pelampau Melayu di sebuah akhbar ultra Melayu. Ironinya penulis itu tidak langsung ditahan di bawah ISA malahan masih terus menulis dengan gaya dan bentuk rasis yang sama walaupun kini berhadapan dengan tuntutan mahkamah berjumlah RM30 juta!

Soalnya kini, wajar atau tidak ISA dihapuskan. Bagi menjawab persoalan ini baik rasanya kita meninjau kembali sebab dan punca sebenar ISA diperkenalkan hampir 50 tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika membentangkan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960 beberapa kali menegaskan bahawa tujuan utama Akta itu digubal adalah untuk memerangi pengganas komunis.

Abdul Razak menegaskan:

"... Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 hb Julai (1960). Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

"Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 hb. Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

"Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera..."

Bagi Tun Razak dan Kerajaan Perikatan pada waktu itu, ISA amat penting bagi membanteras gerakan subversif kamunis yang "hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan".

ISA bagi Tun Razak digubal untuk:

1. Hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam (Thailand) supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera.

2. Hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.

Bagi Tun Razak, "kuasa-kuasa yang banyak sedikit" perlu diberikan kepada pihak Kerajaan, tentera dan polis bagi menjalankan tugas melawan pengganas komunis di sempadan Siam melalui peperangan.

Bagaimanapun kuasa yang diberikan itu (terutamanya kepada pihak tentera) hanya boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan (security areas) antaranya di kawasan-kawasan sebelah utara negeri Perlis, timur Kedah, utara Perak, dan barat Kelantan.

Dalam aspek mencegah anasir-anasir subversif komunis yang ada dalam Tanah Melayu pada ketika itu, Tun Razak menjelaskan secara terperinci Fasal 8 ISA berkenaan kuasa menahan orang yang difikirkan merbahaya kapada keselamatan negara.

Menurut beliau: "Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.

Secara jelas Tun Razak memberi jaminan bahawa ISA hanya akan digunakan Kerajaan untuk membanteras penularan anasir subversif komunis dan mereka yang ditahan di bawah akta ini akan 'dibebaskan secepat mungkin'.

Malangnya selepas hampir 50 tahun ISA digubal dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletakkan senjata dan seterusnya dibubarkan, ISA diperalatkan kerajaan BN untuk menahan aktivis politik yang mengancam keselamatan BN.

ISA juga digunakan secara meluas untuk menahan individu-individu 'bukan komunis' yang disifatkan sebagai mengancam keselamatan negara (termasuk dalam mendokong kempen 'memerangi keganasan' Amerika Syarikat), walaupun ia bertentangan dengan tujuan dan matlamat sebenar penggubalan ISA.

Bagi para pendokong ISA, ingatan Tun Razak ini wajar diberikan perhatian serius:

"Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri." _

Sumber: Harakahdaily.net


Akhlak Pejuang : Tak Mau Terfitnah.....

Oleh: Aris Awang

Tak Mau Terfitnah.....

Sampai balik rumah dari Demo Mansuh ISA jam 3.15 pagi. YB Naset hantar sampai rumah, lena atas kereta tak sedar habaq sampai Ust Mud gerak........ sampai dah depan rumah. Bertolak lewat balik dari KL kerana dok adjust peserta yang kena tahan Polis dari......... Baling satu bas, Jerlun 5 orang, Kuala Kedah 10 orang , Alor Setar 2 orang...............

Bukan nak cerita Demo ISA, tetapi teringat nak pesan kepada Bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah, ahli pemuda PAS Kedah yang pegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan mana-mana pun la. Jika tidak mahu terfitnah, maka janganlah buat kerja-kerja yang boleh menimbulkan fitnah.

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.

2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.

3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.

4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.

5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.

6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.

7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.

8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".

9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.

10 Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.

Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita. Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............

Sumber: arisawang.blogspot.com


Saturday 1 August 2009

Gerakan Mansuh ISA : Koleksi Video Demo 1 Ogos















Selamat Menonton

DMPPT 09

Memali semarakkan tentangan terhadap ISA

Oleh : Norlaila Othman (www.utaraonline.net)

"SUAMI ketika itu sedang berdiri dan apabila terkena tembakan, beliau terjatuh ke atas lantai. Mak Lang angkat kepalanya dan letak atas riba. Darah segar memenuhi ruang tamu rumah Ustaz Ibrahim Libya. Suami menghembuskan nafas terakhirnya di riba Mak Lang," kata Aishah Ahmad, 56, balu kepada Maaruf Hashim salah seorang yang syahid dalam peristiwa berdarah Memali pada bulan November 1985.

"Mak Lang tak tahu apa yang terjadi kepada mayat suami selepas itu. Mak Lang bersama anak dan beberapa isteri syuhada yang lain dibawa ke Pejabat UTK Tanjung Pari. Di sana, Mak Lang disoal siasat selama 18 hari.

"Selama di sana, Mak Lang pernah disoal siasat hingga enam jam sehari. Selesai disoal siasat, Mak Lang dihantar ke bilik kurungan. Mak Lang ditahan bersama anak perempuan, Mariza yang pada masa itu berusia 15 tahun. Selepas 18 hari di Tanjung Pari, Mak Lang dihantar ke PPH Sungai Petani dan dipenjara selama dua bulan.

"Selepas dua bulan, kami dibebaskan dari PPH Sg Petani, barulah Mak Lang pulang ke Memali untuk bertemu anak-anak lain yang ditinggalkan dan menziarahi perkuburan arwah suami," ujar beliau lagi yang dikurniai lima anak bersama suaminya, Assyahid Maaruf.

Terkial-kial

Begitu lancar Aishah @ Mak Lang bercerita mengenai pengalamannya membuatkan saya terkial-kial mencatat setiap butir bicaranya. Setelah segalanya yakin dicatat, saya mengangkat kepala, melihat pada wajah beliau dan kelihatan air mata bergenang di kelopak mata yang sudah berusia itu.

Walaupun peristiwa itu hampir 24 tahun berlalu, saya dapat merasakan seolah-olah ia baru berlaku semalam ...

Itu adalah salah satu testimoni yang saya perolehi ketika melawat keluarga mangsa berdarah Memali yang berlaku pada 1985. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan tidak begitu ambil berat untuk mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang zalim dalam peristiwa itu.

Cuma yang masih saya ingat, media kerajaan mendakwa mereka adalah pesalah dan penderhaka. Ketika itu tiada media alternatif, tanpa internet atau SMS. Memang amat sukar untuk diketahui, apakah dan siapakah yang menjadi punca pembunuhan beramai-ramai itu.

Cuma yang jelas bagaimana gas pemedih mata, kereta perisai, beberapa trak polis dikerahkan dengan lengkap bersenjata boleh sewenng-wenangnya dihantar ke sebuah perkampungan terpencil di Baling itu dan mengepung sebuah rumah kecil milik seorang ustaz yang hanya menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat di sekelilingnya.

Siapakah yang empunya gas pemedih mata, kereta perisai, trak polis, polis dan segala senapang yang digunakan di kejadian itu?

Saya tidak pernah berpeluang mengetahui jauh sekali mengenali lelaki bernama Ibrahim Libya ini yang menjadi tajuk utama perbualan penduduk Memali. Namun berdasarkan penceritaan dan beberapa penulisan ringkas mengenainya, saya dapat simpulkan bahawa beliau seorang berpendidikan tinggi dalam bidang agama, bijak dalam penyampaian kelas-kelas dikendalikannya, berkarisma, berkepimpinan dan beliau amat disenangi oleh sebahagian besar ahli masyarakat setempat.

Berdasarkan daripada beberapa pondok (asrama) yang didirikan di sekitar surau yang terletak tidak jauh dari rumahnya, dapat disimpulkan beliau adalah seorang aktivis muda yang bercita-cita tinggi untuk melihat ramai anak bangsa di daerah itu mempelajari dan menghayati Islam dengan sebaiknya.

Sebagai seorang graduan dari Libya dan pernah bertugas di Pusat Islam, saya yakin, kedudukan beliau ketika itu bukan setakat dikasihi tetapi juga dipandang tinggi dan amat dihormati.

Berdasarkan pembacaan juga, saya melihat kepimpinan, keperibadian, kebijaksanaan dan kegiatan beliau telah membuatkan ada pihak lain yang tidak senang dengan perkembangan tersebut dan ingin mencantas atau mematikan saja segala bakat yang dimiliki itu dengan menahan beliau di bawah ISA.

Tamatkan bakat

Sebelum kes Ibrahim Libya, sudah ada pemimpin PAS yang ditahan tanpa bicara lebih awal, antaranya Dr Burhanuddin Helmi. Tidak mustahil, alat yang sama iaitu ISA, digunakan terhadap Ibrahim Libya untuk menamatkan bakat dan kepimpinan politik beliau.

Keengganan beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa telah menjadikan penguasa ISA merasa tercabar status quonya dan akhirnya bertindak ke atas Asy-syahid dan para pengikutnya menggunakan kekerasan.

Apabila menyelami isu Ibrahim Libya dan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini, saya teringat peristiwa penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998 di mana beliau dengan tegas menunjukkan sikapnya melawan tindakan kerajaan yang memecatnya ketika itu.

Beliau terus melawan dan mendapat sokongan rakyat hinggalah akhirnya ditahan di bawah ISA. Ketika dalam tahanan polislah beliau dipukul hingga lebam di bahagian mata, yang menjadi 'trademark' KeADILan hingga kini.

Membandingkan isu keengganan Ibrahim Libya menyerah diri pada pihak berkuasa (tahun 1985) dengan sikap tidak mahu mengalah oleh Anwar (tahun 1998) nampaknya polis telah mempelajari sesuatu daripada peristiwa Memali.

Mereka tidak menyerang rumah Anwar sebaliknya memburu dan menangkap beliau ketika dalam perjalanan pulang daripada satu program ceramah yang mengajak rakyat bangun untuk menuntut 'reform' atau pembaharuan.

Sekiranya Menteri Dalam Negeri, polis pada tahun 1985 itu bersabar sedikit, mungkin peristiwa berdarah Memali dapat dielakkan...

Sewaktu menziarahi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali baru-baru ini, fokusnya bukan siapa atau bagaimana peristiwa itu terjadi, tetapi saya terlalu ingin mendapatkan reaksi mangsa yang juga merupakan penduduk setempat, bagaimanakah pandangan mereka terhadap kerajaan Umno-BN yang seolah-olah melihat nyawa rakyat marhaen ini tidak bernilai sama sekali.

"Setelah suami kami dikebumikan, ada pihak yang membantu kami supaya menyaman kerajaan disebabkan kematian suami kami itu. Kes itu difailkan pada 1986 dan terpaksa melalui fasa yang lama untuk mendapat keputusannya.

Masih menyusu

"Alhamdulillah, pada tahun 2004, tiga peguam yang mewakili kes tersebut telah berjaya memenangi perbicaraan," kata Rokiah Mohd Hassan, balu kepada Asy-syahid Mohd Rezki Ahmad, berusia 27 tahun ketika kejadian. Selepas pembunuhan suaminya, Rokiah dan seorang anak kecil yang masih menyusu juga turut ditahan di penjara selama dua minggu.

"Mak Pah sedang mengandung empat bulan ketika suami ditembak di rumah Ustaz Ibrahim Libya. Kami semua berada dalam keadaan 'curfew' hampir dua bulan. Kami cuma boleh keluar rumah untuk mencari rezeki dan memotong getah dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Mak Pah dan semua penduduk di sekitar Memali tidak tahu apa yang terjadi kepada 14 orang yang telah ditembak hingga mati itu.

"Alhamdulillah aktivis PAS dan penduduk dari kampung lain telah datang ke Memali untuk melakukan urusan pengkebumian mereka," tambah Mak Pah yang nama sebenarnya Siti Maryam binti Omar kepada aku. Sebaik saja tamat menceritakan kisah duka Memali, beberapa titik air mata gugur di wajah yang mula dimamah usia itu.

"Pada tahun 2004, kami menang kes pembunuhan di Memali. Kes itu berjalan hampir 18 tahun. Pihak kerajaan membayar pampasan RM20,000 kepada 14 keluarga syuhada. Maknanya, hampir 20 tahun selepas suami kami ditembak dengan kejam, kerajaan menilai nyawa suami sebanyak RM1,000 setahun. Sungguh rendah nilai nyawa mereka di sisi kerajaan BN!" kata Siti Aishah @ Mak Lang sambil mengesat matanya. Beliau tidak mahu mengulas panjang.

"Suami saya yang ditahan ISA pada 2002, ikut saja perintah dan arahan kakitangan KDN dan Menteri Dalam Negeri, hingga kini masuk lapan tahun ditahan di Kem Kamunting. Jika ditahan di bawah ISA, mangsa dikurung tanpa bicara bertahun-tahun lamanya. Jika enggan ditahan di bawah ISA jadilah macam kes Asy-syahid Ibrahim Libya, mangsa terus kena tembak, rakyat tiada nilai di mata kerajaan Umno-BN," kata saya kepada semua Muslimat yang hadir di rumah Siti Aishah.

Semua tetamu wanita itu terkejut dan mula tersenyum. Salma Ismail, Ketua Wanita KeADILan Kedah dan timbalannya, Nurin yang menemani lawatanku ke Memali juga turut tersenyum melihat riak wajah mereka yang sejak dari awal kelihatan agak serius ketika bercakap denganku.

Mereka tidak sangka, saya adalah isteri kepada seorang tahanan ISA kerana sejak awal saya melangkah masuk ke ruang tamu rumah Siti Aisyah @ Mak Lang saya hanya sibuk bertanya soalan, mencatat fakta, merekod perbualan dan mengambil gambar tiga wanita balu mangsa pembunuhan di Memali itu. Mereka menyangka saya seorang wartawan Harakah!

Sebaik selesai mencatat fakta-fakta penting, saya dibawa melawat kesan-kesan peristiwa itu. Dua puluh empat tahun peristiwa itu berlalu dan banyak pembangunan dilakukan hingga menghilangkan struktur asas rumah, surau dan pondok yang dibina oleh Ibrahim Libya dan teman-teman rapatnya.

Namun kesan peluru yang menembusi dinding sebuah rumah kecil untuk menyimpan padi, dapat menggambarkan bagaimana rakus dan ganasnya polis menembak Ibrahim Libya dan teman-teman setianya pada waktu Subuh pada November 1985.

Sesiapa saja yang berada di Memali ketika itu, pasti tidak dapat melupakan drama hebat pembunuhan beramai-ramai yang begitu kejam dan tragis!

Debat secara terbuka

Kisah Memali juga mendapat tempat di minda penulis sejarah ISA berbangsa Cina. Dalam buku '45 Years Under ISA' Koh Swe Yong menyebut: "... pada 1985, peristiwa Memali menyaksikan ramai aktivis PAS ditahan di bawah ISA. Peristiwa itu mengubah persepsi PAS yang selama ini memandang sepi isu ISA, dan mereka mula mengkritik serta menentang akta zalim itu. "

Kritikan itu diluahkan dalam berbagai bentuk, di mana saja ada peluang bercakap atau debat tentang ISA, PAS segera menyuarakan secara terbuka supaya ISA segera dimansuhkan."

Kini, 24 tahun selepas Peristiwa Berdarah Memali, rakyat semakin faham dan jelas tentang kejahatan dan kezaliman akta tanpa bicara yang menjadi nadi utama Umno untuk memastikan parti reput itu terus bertahan. Sejarah telah membuktikan, semua Perdana Menteri Malaysia, amat gemar menggunakan ISA untuk mencantas pihak lawan.

Dan mutakhir ini, kegunaan ISA juga dipelbagai. Selain menjadikan mangsanya sebagai 'pengganas Islam', ISA juga digunakan untuk melabel 'pembuat syiling palsu', 'pembuat Mykad', 'penghantar SMS', 'menyelamatkan wartawan wanita' dan pelbagai lagi.

Penulisan ini hanya berkisar kepada mangsa ISA daripada bangsa Melayu dan berugama Islam. Bagaimana dengan bangsa lain? Bagaimana dengan kaum Cina dan India?

Sejak 49 tahun yang lalu, semua bangsa dan pelbagai peringkat usia dijadikan mangsa ISA, adakah rakyat Malaysia masih terus bersabar dan membiarkan pemerintah menggunakan ISA sesuka hati mereka saja?


Gerakan Mansuh ISA : Syabas Buat Dua Srikandi Dewan Muslimat PAS Baling

Oleh : Aiman Athirah Al Jundi

Saya baru dihubungi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling yang memaklumkan bahawa dua orang Srikandi Muslimat PAS Baling iaitu Kak Umi Kalthom dan Kak Maizon telah pun ditahan bersama lebih kurang 50 orang pejuang-pejuang kebangkitan rakyat dari seluruh negara. Mereka ditahan di Masjid Negara. Kebanyakan yang berada di situ juga telah "dihalau" agar meninggalkan masjid ! AlhamduliLlah...inilah mahar yang perlu dibayar oleh pejuang-pejuang rakyat yang prihatin terhadap saudara-saudaranya yang didzalimi Pemerintah di bawah kuku besi Najib Satu Malaya!.

Sebentar ini saya dapat bercakap dengan Kak Umi Kalthom dan sempat memberikan pandangan dan nasihat khususnya ketikamana berada dalam kongkongan kedzaliman UBN. Azam dan semangat mereka tinggi. Bagi pihak sahabat-sahabat kepimpinan Dewan Muslimat PAS di semua peringkat kita merakamkan ucapan syabas dan tahniah. La tahzan!.

Allahu Akbar! Hidup ruh jihad para syahidah dalam diri para Muslimah!.

Tahniah Dewan Muslimat PAS Baling, Kedah.