DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DUN KUALA NERANG YANG LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MB KEDAH 2010

Wednesday 28 April 2010

HARAKAHDAILY-Adun BN manipulasi soalan kerana politik sempit


Mohd Shubihi

ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar) menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan.

Sumber: Harakahdaily

Monday 26 April 2010

YB IZZAT DILANTIK TIMBALAN SPEAKER

laporan Mohd Shubihi Muhamad Zain @ harakahdaily


ALOR SETAR, 26 April : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki sebagai Timbalan Speaker Dun Kedah, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Dato' Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua). Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan kehilangan kelayakan Adunnya yang melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.

Saturday 17 April 2010

Apco: Yb Nasir Zakaria Lapor Polis

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria telah membuat laporan polis terhadap firma perunding APCO dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang 10 April 2010. Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini."Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel."Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik. Beliau ditemani beberapa pemimpin parti peringkat PAS kawasan dan cabang PKR di kawasan tersebut. Antaranya Timbalan Yang Di Pertua PAS Padang Terap Saudara Mohamad Talib, Setiausaha Pas Kawasan, Ustaz Mohd Azam,pimpinan-pimpinan PAS kawasan, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan, Pimpinan PKR Cabang Padang Terap dan ahli-ahli PAS serta penyokong. Sebelum laporan dibuat satu sesi mengedar rislah penerangan mengenai APCO dibuat di sekitar pekan sehari Bandar Kuala Nerang kepada orang ramai. Rata-rata bersyukur atas penerangan dan usaha murni PAS kawasan untuk menerangkan bahaya APCO dan pengaruh Yahudi kepada negara.