DEWAN MUSLIMAT PAS PADANG TERAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DUN KUALA NERANG YANG LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MB KEDAH 2010

Thursday, 9 July 2009

Pertemuan Ustaz Azizan & Lim Kit Siang: Masalah di Kedah selesai

Irwan Muhammad Zain & Saadon Aksah Foto Nasir Sudin


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat Kedah sudah selesai jelas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menjelaskan satu jalan penyelesaian telah dicapai demi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah.

Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah sekretariat Pakatan Rakyat Kedah ditubuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul selepas ini.

"Masalah yang timbul telah selesai dan semua pihak (DAP dan PAS) telah menjelaskan apa yang berlaku.

"Ini soal 'rumahtangga' kita selesai sendiri tak perlu orang lain nak risau dan heboh-heboh," jelas beliau.

Azizan juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut, beliau telah menerangkan mengenai isu kuota rumah kepada Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang turut hadir.

Pemimpin DAP, tegas beliau dapat memahami apa sebenarnya berlaku dan menerima penjelasan beliau termasuk soal kuil yang turut dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Menjelaskan mengenai isu pusat penyembelihan babi, Azizan menjelaskan pihak kerajaan negeri telah mencapai kata sepakat bersama Persatuan Penyembelih Babi di Kedah untuk membina satu pusat penyembelihan yang berteknologi tinggi.

"Pusat penyembelihan baru itu nanti berteknologi tinggi dan ia tidak akan menganggu penduduk dalam soal bau busuk dan persekitaran," jelas beliau dalam satu sidang media bersama Lim Kit Siang di sini petang semalam

Sementara itu, Lim Kit Siang dalam sidang media itu menjelaskan DAP Kedah telah membentangkan memorandum isu yang menjadi perhatian rakyat dalam pertemuan hampir sejam bersama Menteri Besar Kedah itu.

Beliau turut gembira dengan hasil pertemuan tersebut kerana ia memberikan gambaran Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masa yang singkat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menjelaskan, beliau akan memastikan akan ke Kedah sebulan sekali untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat dikukuhkan lagi.

"Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan saya gembira dengan pertemuan ini.

"Hasil pertemuan ini ialah mengambil satu tindakan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi rakyat," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan, kerjasama kukuh antara parti dalam Pakatan Rakyat akan diteruskan untuk memastikan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya umum ke 13 nanti.

Harakahdaily.net

Tuesday, 7 July 2009

MANEK URAI : Kempen Pilihanraya Bermula

Pakatan Rakyat optimis PAS akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berdasarkan kesepakatan kerjasama parti-parti itu walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuk isu kerajaan perpaduan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kini tiada lagi isu dalam pakatan setelah selesai isu kerajaan perpaduan dan keadaan ini membolehkan ia berkempen dengan lebih selesa.

"Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manek Urai.

"Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kehadiran beberapa pemimpin pakatan itu pada hari pencalonan membuktikan kesungguhan mereka bagi membantu PAS mempertahankan kerusi itu.

"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PKR akan turut bersama berganding bahu untuk memastikan PAS dapat mengekalkan kerusi Manek Urai.

"Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manek Urai," katanya.

Sumber : greenboc.blogspot.com



Allah Berbicara Tentang Buah Buahan

Buah-buahan dalam Al Quran

Allah Taala ada menyebut banyak jenis buah-buahan di dalam kitab Al Quran. Allah menjadikan buah-buahan sebagai nikmat dan kurnia untuk semua makhluknya. Semua manusia dan binatang berhak menikmatinya. Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat Allah yang berbicara tentang buah-buahan di dalam Al Quran.

Firman Allah :

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


"Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui." 2:22

Firman Allah Lagi:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: ""Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". 2:126

Antara buah-buahan yang disebut Allah dalam Al Quran:

1. Buah Kurma

وَهُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انظُرُواْ إِلِى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. 6:99

2. Buah Anggur

وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنْ الْعُيُونِ

Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. 36:34

3. Buah Zaitun

فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاء وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 24:35

4. Buah Pisang

وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ

Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). 56:29

5. Buah Tin

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ

Demi (buah) tin dan (buah) Zaitun. 95:1

Sekian

Sunday, 5 July 2009

Maklumat Rasmi Manek Urai : PAS ditentang BN!

Oleh : Mazlan Jusoh

Terkini|Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.

Status kedua-dua calon itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

DSC02609

Lintas langsung daripada Manek Urai sebelum ini

Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

FAKTA MANEK URAI|

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang.


- Harakahdaily

PAS Terengganu Yakin ‘Abe Uji’ Akan Menang

MANEK URAI - PAS Terengganu yakin calon yang dipilih bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai akan mencapai kemenangan pada 14 Julai akan datang.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali menyifatkan pemilihan Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Uji’merupakan pilihan yang tepat bagi mempertahankan kemenangan.

“Calon PAS (Mohd Fauzi) ini paling popular. Dia sudah lama bergelumang di peringkat Dun Manek Urai dan Parlimen Kuala Krai.

“Dia dikenali ramai termasuk di kalangan orang Umno dan atas pagar (tidak berparti),”katanya ketika di temui bersama para petugas dari Terengganu disini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata Abe Uji sudah dianggap sebagai wakil rakyat oleh penduduk Manek Urai sebaik sahaja beliau diisytiharkan sebagai calon.
”Tiga hari saya di Manek Urai, khususnya bertugas di UPU Laloh. Saya menyaksikan suasana pra-pilihanraya yang memberangsangkan.(Gambar – Haji Yahaya dan Haji Hanafiah bersama calon PAS, Abe Uji, di Kampung Lela Jasa)

”Mohd Fauzi Abdullah, atau nama glamournya dikalangan ahli dan penyokong PAS ‘Abang Uji’ akan menang, InsyaAllah dengan undi yang meningkat.

”Abe Uji begitu dikenali ramai, dari kanak-kanak sehingga remaja yang belum boleh mengundi sehingga lah kepada orang dewasa dan orang-orang veteran, semuanya mengenali Abe Uji,”katanya ketika ditemui di bilik gerakan UPU Laloh disini.

Sementara itu, Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata sehingga kini, semua jentera kempen bergerak dan tidak menghadapi sebarang masalah.

”Tidak ada isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional,”katanya yang ditemui di majlis jamuan makan tengahari di markaz petugas Gua Musang di Kampung Lela Jasa.

Berkaitan dengan isu air yang dikatakan menjadi masalah bagi penduduk Laloh, katanya, ia akan diselesaikan segera apabila tangki air baru ditempatkan di kampong berkenaan.

”Isu air sudah dimaklumi, tangki air baru akan dibina di bukit atas nu,”katanya menunjukkan kawasan bukit berkenaan.- buletinonline.net

Image702

Image698

Image666

Image671

Image685

Image664

Image694

Image711

Sumber Gambar: pinkturtle2.wordpress.com